ASPEK
|
ISLAM
|
KONVENSIONAL
|
1. Wahyu Daripada Allah
lawan
Pemikiran Manusia
|
Ini kerana ‘manual’ yang Allah S.W.T. sediakan kepada manusia
adalah Al-Quran dan Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh
bagaimana mengendalikan ‘manual’ tersebut sepanjang hidup kita.
|
Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan asas
rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelemahan kerana manusia
itu lemah
|
2. Iman & Taqwa
lawan
Kepuasan Duniawi
|
Pelaksanaan sistem Islam memerlukan iman dan taqwa di dalam diri dan setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh mukallaf yang bertakwa.
|
Tidak dipandu dengan nilai iman dan takwa. Oleh itu, banyak dalam pengendalian perbankan konvensional tidak sehaluan dengan Islam.
|
3. Tanggungjawab Agama
lawan
Tuntutan Manusiawi
|
Tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya
adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya pengharaman
riba.
|
Berasaskan semata-mata kepada pemikiran manusia
maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem
riba yang menjadi paksi kepada sistem perbankan konvensional.
|
4. Mematuhi Perintah Allah
lawan
Melanggar perintah Allah
|
Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan
produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halal
dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.
|
Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian
kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang
dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala
atau dosa.
|
5. Redha Allah & Manusia
lawan
Redha Manusia
|
Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak
Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata serta mengambil kira
maslahah manusia.
|
Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh
membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan
keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T. dalam urusniaganya iaitu semata-mata
untuk mengejar keuntungan duniawi.
|
6. Keadilan Matlamat Utama
lawan
Keuntungan Matlamat Utama
|
Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Keadilan
dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua
pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T. kurniakan dikongsi bersama
dengan pihak-pihak yang terlibat
|
Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam
menyebabkan keadilan itu tidak dapat diserlahkan dengan sempurna.
|
Dalam produk deposit, perbankan Islam menstruktur produk tersebut dengan menggunakan kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah iaitu simpanan dengan jaminan. Hibah atau hadiah boleh diberikan kepada penyimpan, tertakluk kepada budi bicara bank-bank. Berbeza dengan produk akaun simpanan di bank konvensional, setiap pemegang akaun dijanjikan pulangan tertentu untuk simpanan yang dibuat. Akibatnya, berlakulah riba kerana di dalam produk akaun simpanan, pihak bank telah meminjam duit yang disimpan oleh pelanggan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaannya. Justeru, sebarang
pertambahan dalam bentuk pulangan kepada simpanan pelanggan adalah dikira sebagai riba daripada transaksi pinjaman.
ASPEK
|
ISLAM
|
KONVENSIONAL
|
Produk Deposit
|
Akaun Simpanan/Semasa
|
Akaun Simpanan/Semasa
|
Kontrak yang Digunakan
|
Al-Wadiah Yad Dhamanah
|
Tidak relevan
|
Pulangan
|
Berdasarkan budi bicara bank
|
Pulangan atau faedah dijamin
|
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan
kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan
kezaliman. Ia mengejar kamu supaya kamu mengambil peringatan.”
(Surah Al-Nahl [16: 90])
Comments
Post a Comment