Dalam kontrak pelaburan, perbankan Islam menggunakan konsep perkongsian keuntungan dan risiko yang sebenar dan tidak membebankan kedua-dua pihak atau salah satu pihak yang terlibat. Sebagai contoh, di dalam kontrak Al-Mudharabah (pelaburan), pelanggan sebagai pelabur dan bank sebagai pengusaha berkongsi keuntungan ketika mendapat keuntungan, manakala kerugian akan ditanggung oleh pelabur. Ini bertepatan dengan kaedah feqah
yang bermaksud “setiap pulangan adalah dengan risiko”. Perkongsian untung dan risiko secara sebenar ini adalah adil dan tidak membebankan mana-mana pihak yang terlibat.
Berbeza dengan pelaburan konvensional yang menjanjikan pulangan tetap di awal kontrak, yang mana pelaburan ini tidak
melibatkan perkongsian sebenar di antara pihak terlibat. Pulangan tetap yang dijanjikan di awal kontrak pelaburan adalah
riba dan haram dalam Islam.
ASPEK
|
ISLAM
|
KONVENSIONAL
|
1. Produk deposit
|
Akaun pelaburan am atau akaun pelaburan khas
|
Deposit tetap
|
2. Kontrak yang digunakan
|
Al- Mudharabah
|
Tidak relevan
|
3. Pulangan
|
Perkongsian keuntungan mengikut peratusan yang dipersetujui iaitu berdasarkan untung dan rugi (profit-sharing)
|
Faedah / Dividen iaitu berdasarkan (Interest bearing) dan tiada perkongsian untung rugi.
|
4. Pertubuhan
|
Pasaran modal Islam ditubuhkan pada tahun 1997
|
Pasaran modal konvensional ditubuhkan pada tahun 1937
|
5. Asas
|
Berpandukan syariah dan undang- undang Islam
|
Tertakluk pada peraturan syarikat dan negara
|
6. Pasaran
|
2 pasaran utama iaitu pasaran bon dan pasaran ekuiti atau saham.
|
Di Bursa Malaysia, terdapat pasaran bon, pasaran sekuriti dan pasaran derivatif.
|
7. Penglibatan
|
Bebas daripada unsur “gharar”, “riba’ “ dan perjudian serta pelbagai lagi perkara yang dilarang dalam Islam.
|
Perkhidmatan berasaskan riba’ dan perjudian serta tidak diluluskan oleh syariah.
|
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah[2:2])
Comments
Post a Comment