SISTEM MUAMALAT DALAM ISLAM VS KONVENSIONAL



Assalamualaikum semua, kembali lagi kita di slot Muamalat. Pada kali ini, kami akan membincangkan tentang beberapa kekeliruan yang terdapat dalam kalangan masyarakat berkenaan perbezaan antara sistem muamalat Islam dan konvensional.

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat


Comments